Sahabat terbaik! Permintaan terakhir sahabatnya sebelum meninggal akhirnya dilaksanakan walaupun permintaan itu tidak mudah dilakukan

Sahabat terbaik! Permintaan terakhir sahabatnya sebelum meninggal akhirnya dilaksanakan walaupun permintaan itu tidak mudah dilakukan

Mungkin ramai yang memiliki sahabat baik tetapi tidak ramai yang memiliki sahabat sejati yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.
Namun persahabatan antara Elizabeth Diamond dan Laura Ruffino benar-benar sebuah ikatan persahabatan yang luar biasa. Mereka telah berkenalan sejak berada di gred 5 lagi dan sejak itu mereka menjadi teman baik.
Laura dan suaminya, Rico Ruffino yang merupakan ibu bapa kepada dua orang anak perempuan telah memutuskan untuk mengambil anak-anak sahabat baik selepas pemergian Elizabeth.
Ibu tunggal yang merupakan seorang pelatih motivasi dan penulis buku itu memiliki empat orang cahaya mata perempuan.
Pada awalnya semuanya berjalan lancar, namun musim panas 2014 lalu telah mula mengubah semuanya…
Ibu berusia 44 tahun itu telah diagnosis dengan tumor otak dan berada di peringkat yang sangat serius.
Elizabeth bergelut dengan kansernya tetapi dalam masa yang sama dia juga perlu memikirkan apa yang akan berlaku kepada keluarga apabila dia sudah tiada nanti.

Adakah mereka akan mempunyai kehidupan yang baik? Adakah anak-anak perempuannya Lily, Ella, Samona dan Tara akan tinggal bersama?
Adakah mereka akan kekal sebagai sebuah keluarga?
Apabila Elizabeth merasakan ajalnya hampir tiba, dia memberitahu sahabat sejak zaman kanak-kanak betapa dia sangat risau akan anak-anaknya.
Kemudian dia membuat permintaan yang paling penting dalam hidupnya: “Jika sesuatu berlaku kepada saya, saya mahu kamu mengambil anak perempuan saya.”
Dan untuk menenangkannya kawannya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan permintaannya.
Mungkin ramai yang teragak-agak untuk mengatakan ‘okay’ semata-mata untuk menyedapkan hati teman mereka kerana mereka tahu permintaan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Tetapi tidak bagi Laura.
Setelah pemergian Elizabeth pada April lalu dia telah mengambil dan menjaga keempat-empat anak sahabat baiknya seperti yang telah dijanjikannya.
Laura dan suaminya, Rico Ruffino bahkan mengalu-alukan kehadiran anak-anak Elizabeth ke rumah mereka dengan tangan terbuka.
Ia adalah satu tanggungjawab besar memandangkan sebelum itu mereka hanya berempat tetapi kini ahli keluarga mereka bertambah menjadi lapan orang.
Walau bagaimanapun Ruffinos tetap melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak angkat mereka gembira dengan keluarga baru dan membantu mereka untuk mengatasi kesedihan mereka dan meneruskan hidup mereka.
Sokongan emosional yang diterima oleh anak-anak Elizabeth daripada Ruffino untuk membantu mereka melalui masa-masa yang sangat sukar dalam hidup mereka.
Tetapi penambahan empat anggota baru telah membuatkan mereka mengalami masalah kewangan.
Ruffino kemudian muncul dengan idea untuk mengatasi masalah itu.
Dia telah menceritakan kisah keluarga mereka di internet dan meminta sumbangan orang ramai untuk membantu mereka bagi menampung perbelanjaan makanan, pakaian, kelas tarian dan penambahan dua bilik tidur di rumah mereka.
Sehingga kini mereka telah mengumpul kira-kira $ 97,000 (RM410,455.50) dan selepas masalah kewangan tersebut selesai, mereka kini boleh memberi perhatian kepada untuk membantu menyembuhkan emosi anak-anak angkat mereka supaya dapat menjalani kehidupan yang bahagia.
Tidak semua orang boleh melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Laura dan Ruffino. Mereka benar-benar menunaikan janji mereka kepada sahabat baik mereka untuk menjaga dan merawat anak-anaknya.

Tanggungjawab untuk membesarkan empat orang anak angkat sesungguhnya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi mereka tetap berusaha melakukan apa sahaja untu memasatikan mereka mendapatkan yang terbaik.
Pengorbanan yang sangat luar biasa!

Sumber  : Era Baru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==