Lazat dan menyelerakan! Resepi sup ringkas untuk meredakan selsema

Lazat dan menyelerakan! Resepi sup ringkas untuk meredakan selsema

Apabila mengidap selsema, selera makan kita akan berkurangan. Dibawah antara resepi sup ringkas dan mudah tetapi lazat lagi menyelerakan untuk anda cuba bagi meredakan selsema. Dan ia melibatkan kerja memasak yang minima.
Pilih resepi sup kegemaran anda dibawah.
Sup kentang
Resepi sup mesra penggemar sayuran ini sangat ringkas dengan hanya tiga bahan dan diakhiri dengan sedikit taburan lada hitam.
Bahan-bahan
450 gram kentang dipotong dadu kecil ( dengan kulit).
2 ulas bawang yang dicincang.
4 cawan stok sayuran.
Cara-cara memasak
1. Masukkan stok sayuran ke dalam periuk
2. Panaskan dengan api yang rendah. Masukkan bawang dan kentang.
3. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih selama 20 minit.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau sehingga menjadi sup kentang yang lazat.
Sup ayam dengan mee telur
Selsema dapat diredakan dengan memakan sup ayam yang lazat. Resepi ini memerlukan sedikit masa kerana menggunakan ayam. Tetapi amat berbaloi jika memasaknya dengan sabar bersama tiga bahan utama ini.
Bahan-bahan
1. Satu ekor ayam.
2. 8 cawan air.
3. 1/2 bungkus mee telur.
4. Garam dan lada sulah.
Cara-cara memasak
1. Rebus satu ekor ayam sehingga masak sepenuhnya.
2. Asingkan isi ayam dari tulangnya. Tambahkan air ke dalam periuk dan rebus tulang itu sehingga menjadi stok ayam.
3. Reneh selama 30 minit.
4. Asingkan tulang.
5. Carikkan isi ayam dan masukkan ke dalam stok ayam tadi bersama mee telur.
6. Rebus mee telur sehingga lembut.
7. Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
8. Hidangkan ke dalam mangkuk dan makan ketika panas.
Sup kobis bunga
Kobis bunga merupakan satu sumber makanan antioksida. Ia sangat sesuai bagi memulihkan sistem imun yang terjejas akibat selsema. Sup ini akan dapat meningkatkan tenaga anda kembali. Resepi sup yang sangat ringkas. Tambahkan sedikit minyak zaitun dan keju parmesan jika mahu.
Bahan-bahan
1 biji kobis bunga dipotong kecil.
4 cawan air.
Garam dan lada sulah.
1 sudu besar mentega tanpa garam.
Cara-cara memasak
1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Tambah 2 sudu kecil garam dan kacau.
3. Masukkan kobis bunga dan masak selama 5 minit sehingga ia lembut.
4. Tapis kobis bunga itu dan asingkan air garam.
5. Kisar kobis bunga dengan air garam tadi bersama mentega tanpa garam sehingga menjadi puri yang lembut.
6. Hidangkan segera dengan menambah sedikit minyak zaitun.
Sup telur
Resepi ringkas dalam masa 10 minit. Sup yang lazat dalam apa juga keadaan. Tambahan ia akan dapat menyelesakan keadaan badan akibat selsema dengan cepat. Anda boleh menambah rasa dengan sedikit minyak bijan dan daun bawang yang dicincang.
Bahan-bahan
2 biji telur bersaiz besar yang dipukul.
2 sudu besar tepung jagung yang dicampur dengan air.
400 mililiter stok ayam.
satu cawan (250 mililiter) air.
Garam dan lada sulah.
1/2 biji tomato yang dipotong dadu.
Cara-cara memasak
1. Renehkan air dan stok ayam sehingga mendidih.
2. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa dan pekatkan sup dengan campuran tepung jagung.
3. Pukul telur dan masukkan ke dalam campuran bahan tadi.
4. Kacau dan biar mendidih selama 2 minit, masukkan tomato dan tutup.
5. Sup perlu dimakan panas dan dihidangkan segera.
Sup tomato
Dengan bahan yang mudah, sup tomato merupakan sup yang lazat dan meredakan selsema anda. Tambahan jika anda tidak mahu memakannya sebagai sup, anda boleh mengurangkan air ketika mengisar dan menukarnya menjadi sos pasta.
Bahan-bahan
4 sudu besar mentega tanpa garam.
1/2 ulas bawang besar yang dipotong dadu.
1 tin tomato yang sudah dikupas dan dihancurkan.
1 setengah cawan air.
Garam secukup rasa.
Cara-cara memasak
1. Cairkan mentega di dalam periuk dengan api sederhana.
2. Masukkan bawang, tomato, air dan garam.
3. Masak dan kacau bahan ini selama 40 minit.
4. Kisar menjadi sup sehingga lembut dan berkrim.
5. Masukkan ke dalam mangkuk. Sup tomato telah tersedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama roti bakar.
Sup brokoli
Resepi dengan hanya brokoli yang mudah. Anda boleh menambah sedikit keju cheddar untuk membuatnya lebih berkrim.
Bahan-bahan
2 hingga 3 kepala brokoli. Cuci dengan bersih dan potong kecil.
Sedikit air.
Garam secukup rasa.
Keju cheddar yang diparut (pilihan).
Cara-cara memasak
1. Renehkan air sehingga mendidih.
2. Tambah garam secukup rasa dan masukkan brokoli. Biarkan mendidih selama 3 minit sehingga brokoli menjadi lembut.
3. Kisar brokoli tadi dengan sedikit air dengan tekstur yang diingini.
4. Hidangkan di dalam mangkuk semasa panas dengan menambah sedikit parutan keju cheddar.
Sup jagung
Resepi ini sangat mudah dengan hanya menggunakan jagung yang sudah diproses. Sup yang menyihatkan dan boleh dimakan bersama roti atau cip tortilla ala Mexico.
Kredit: Martha Stewart
Bahan-bahan
10 cawan isi jagung
4 sudu besar mentega.
Air
Garam secukup rasa.
Cara-cara memasak
1. Kisar isi jagung sehingga menjadi puri.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak puri jagung dengan api sederhana bersama mentega, air dan garam dengan secukup rasa.
3. Kacau sebati campuran ini. Biarkan sup direneh dan mendidih selama 5 minit. Tutupkan api.
4. Hidangkan sup ini dengan segera dan ia sangat lazat dimakan ketika panas bersama roti.
Selamat mencuba resepi sup yang menyihatkan ini di rumah!


Era Baru
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==