"Kau Belanja Apa Sampai Banyak Tu, Bodoh" - Kisah Suami Tengking Isteri Di Khalayak Gara-Gara Beli Barang Keperluan Melebihi Bajet



Isteri ini adalah amanah yang diberikan pencipta kepada seorang suami. Si suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. 

Menyediakan keperluan asas kepada si isteri seperti makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Jika dia melakukan kesalahan tegurlah secara berhemah janganlah diherdiknya dan menjatuhkan maruahnya di hadapan orang ramai.

Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook di laman Kisah Rumah Tangga Fans, kisah seorang isteri terpaksa menanggung malu di hadapan orang ramai gara-gara membeli barang melebihi bajet suami. Semoga si suami sedar kesilapannya sebelum terlambat.


Assalamualaikum admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata. 
Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. 

Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya. 

Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami? 
"Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!" si suami menengking isterinya di depan orang ramai. 

Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu. 

Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja. 

Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, "Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya." Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, "Takpe dik,". Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua. 

Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai. 

Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami. 

Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min.
Sumber: KRT via Siakapkeli


Sumber: KRT via Siakapkeli.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==