Penggunaan limau kasturi dalam makanan dan minuman sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan kita.
Selain daripada harganya yang murah limau jenis ini juga sangat mudah didapati di mana-mana sahaja. Setiap perahan limau kasturi bukan sahaja memberikan rasa sedap dalam minuman atau masakan malah turut memberikan kesegaran.
Apa yang menariknya limau kasturi bukan sahaja penambah rasa malah ia juga mengandungi pelbagai khasiat yag tersendiri. Bagi yang tidak tahu limau kasturi mengandungi vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.
Selain kaya khasiat ia juga mempunyai pelbagai kegunaan lain terutama dalam menyelesaikan beberapa isu kesihatan.
1. Kempiskan perut
Perah limau nipis dan campur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan minum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.
Bagi yang menghadapi maslaah bau ketiak anda juga boleh menggunakan limau kasturi. Caranya hanya dengan mencampurkan limau kasturi dengan kapur sireh. Gunakan campuran tersebut selepas mandi dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibasuh. Ulang langkah ini sehingga masalah tersebut hilang.
2. Ubat Demam
Petik 2 hingga 4 genggam daun limau nipis, rebus dalam 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan tersebut untuk menuam pesakit yang demam. Anda hanya perlu rendam tuala dalam air rebusan dan letakkannya di dahi.
3. Hilangkan bau ketiak
Bagi yang menghadapi maslaah bau ketiak anda juga boleh menggunakan limau kasturi. Caranya hanya dengan mencampurkan limau kasturi dengan kapur sireh. Gunakan campuran tersebut selepas mandi dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibasuh. Ulang langkah ini sehingga masalah tersebut hilang.
4. Sebagai ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air dan pastikan anda menghalakan air limau tersebut ke arah hidung.
5. Ubat lelah
Ambil satu sudu madu sebaik-baiknya madu asli. Kemudian, campurkan madu tersebut dengan 5 titis jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa jika mengalami lelah. Amalkan langkah ini seminggu sekali.
6. Ubat batuk
Caranya mudah, campurkan air limau, kicap dan garam bersama. Amalkan minum setiap pagi dan malam.
7. Ubat kelemumur
Ramas beberapa helai daun pokok rambutan bersama dengan air sehingga keluar lendir. Kemudian campurkan lendir tersebut bersama dua cawan santan dan sebiji limau nipis.
Setelah siap, lumurkan campuran tersebut pada kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biarkan selama beberapa minit dan bilas rambut sehinga bersih. Ulang seminggu sekali.
8. Hilangkan kesan minyak pada pakaian
Hadapi masalah minyak degil? Caranya mudah, campur perahan air limau dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran tersebut pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sehingga kesan minyak hilang. Akhir sekali basuh pakaian tadi seperti biasa.
9. Pewangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosok limau di seluruh kepala dan biarkan beberapa minit kemudian barulah dicuci bersih.
10. Mengilatkan cermin mata
Cuci dan gosok sedikit limau pada kaca cermin mata. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Anda akan perasan cemin mata anda akan lebih jelas dan tahan lebih lama.
www.Era Baru.com.my