Resipi nugget nasi yang anda boleh cuba sendiri di rumah, keluarga anda pasti akan menyukainya!

Resipi nugget nasi yang anda boleh cuba sendiri di rumah, keluarga anda pasti akan menyukainya!

Bagi para ibu pasti adakalanya kehilangan idea dan tidak tahu apa yang boleh disediakan untuk minum petang bersama keluarga bukan?  Anak-anak pula ada selera tersendiri, ada yang suka kuih-muih dan ada juga yang suka biskut kegemaran dimakan bersama air coklat atau susu. Jadi, bagi mereka yang kehabisan idea atau sudah bosan dengan menu yang sama setiap hari, anda boleh mencuba resipi nugget nasi ini. Keluarga anda pasti akan menyukainya!
Resipi ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Siti Khadijah Haron yang telah dikongsikan hampir 1000 orang. Nugget nasi ini bukan sahaja mudah dilakukan bahkan bahan-bahannya juga begitu mudah untuk diperolehi. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  1. Nasi panas (baru masak)
  2. Ayam cincang (mentah)
  3. Serbuk perasa
  4. Garam
Langkah pertama ialah dengan menggaulkan kesemua bahan tersebut dan lenyekkannya selepas itu. Bahan campuran itu kemudian dikepal-kepalkan dan dibentuk menjadi leper.



Jangan lupa pecahkan telur untuk menyalut kepalan tersebut. Gunakan serbuk roti untuk disalutkan sebelum disejukkan ke dalam peti ais. Setelah nugget sejuk dan keras anda sudah boleh menggorengkannya.
Mudah bukan? Jadi, apa tunggu lagi? Jangan runsing lagi akan menu minum petang anda kerana nugget nasi buatan anda pasti akan menjadi kesukaan keluarga terutamanya anak-anak. Selamat mencuba!


Sumber  :EraBaru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==