Lazimnya, sebagai manusia, kita akan memastikan perkara yang dibuat adalah betul lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aspek kebersihan dan kesihatan. Sebagai contoh, tabiat harian kita seperti mengeringkan tangan yang basah di tandas menggunakan mesin pengering, merendam pinggan mangkuk yang belum dicuci ataupun menggunakan mesin pembancuh kopi di pejabat, sebenarnya amat berisiko untuk memicu pembiakan bakteria.
Jadi, jika anda ingin tahu mengenainya dengan lebih lanjut, ayuh semak senarai di bawah. Senarai ini merupakan fakta yang telah disahkan daripada segi saintifiknya menerusi kajian yang dibuat.
#1 Merendam pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah anda bahawa sinki merupakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria membiak kerana terdapat salmonella dan colon bacillusor staphylpcoccus.
Bagi mengelakkan anda terkena sakit perut dan usus, anda dinasihatkan agar mencuci sinki selepas sahaja ia digunakan (mencuci pinggan, mencuci ikan, daging dan sebagainya).
#2 Mencuci tangan dengan air suam
Beberapa pengkaji berkata bahawa suhu air tidak mempengaruhi pembunuhan kuman. Apa yang penting adalah tempoh anda mencuci tangan : 5 saat, tidak membunuh apa-apa, namun 30 saat mampu membunuh bakteria.
Jika anda membasuh tangan mengunakan air suam dengan kerap, anda mampu mengurangkan fungsi pada tangan yang melindungi kulit daripada iritasi dan dermatitis.
#3 Memakai solekan ketika bersenam
Kadang kala kita berpusu-pusu daripada pejabat ke gimnasium dan berasa tidak perlu pun untuk menanggalkan mekap terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, semasa bersenam, kulit kita perlu bernafas dan menjalani proses pembersihan sendiri. Jika memakai solekan, ia mampu menyumbat pori. Hasilnya, kulit anda akan lebih bermasalah.
#4 Menggunakan mesin pengering tangan
Pasti kita yakin bahawa selagi kita tidak menyentuh mesin pengering, tangan kita akan bersih. Salah! Sebenarnya mesin pengering tangan elektrik merupakan tempat pengumpulan bakteria dan mampu menyebarkan bakteria dengan aliran udara. Ia mampu memasuki paru-paru, dan tersebar di kulit dan tubuh manusia. Jadi, tisu adalah lebih selamat.
#5 Memotong daging dan sayur di atas papan landas yang sama
Dr. Charles Gerba, pakar mikrobiologi, berkata papan landas mempunyai lebih 200 kali ganda bakteria daripada jamban di tandas. Oleh itu, menggunakan papan landas yang sama untuk memotong daging dan sayur adalah berbahaya. Hal ini kerana, daging mentah mengandungi salmonella dan campylobacter — gandingan yang menyebabkan keracunan makanan.
#6 Mesin pembancuh kopi
Takungan kopi yang telah dibancuh merupakan lokasi pembiakan pelbagai jenis bakteria. Difahamkan bahawa ia mempunyai lebih bakteria daripada tombol pintu rumah.
Untuk memastikan tahap kesihatan anda, basuh jag berkenaan dengan air suam dan sabun pencuci pinggan dengan kerap. Ataupun, bancuh kopi anda sendiri.
#7 Menyimpan telefon bimbit di dalam dompet
Mungkin anda rasa dompet dan beg sandang anda bersih dan mampu melindungi telefon dan komputer riba daripada kekotoran. Salah! Adalah lebih baik jika anda menyimpan telefon bimbit di dalam poket kerana ia tidak tercemar dengan bakteria.
Hal ini kerana telefon bimbit mengandungi lebih banyak bakteria berbanding jamban tandas. Pastikan anda mengelap telefon bimbit anda dengan tisu basah sekerap mungkin.
#8 Menyahbeku makanan pada suhu bilik
© SS1001 / depositphotos © nuttapoldpspt / depositphotos © SS1001 / depositphotos © belchonock / depositphotos
Jarang sekali kita memberi perhatian terhadap perubahan suhu dengan tempoh masa yang diambil untuk menyahbekukan makanan sejuk.
Membiarkan daging mentah dan ikan di dalam mangkuk atau besen di atas meja adalah tidak digalakkan.
Adalah dinasihatkan agar menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk menyahbekukan makanan sejuk. Namun, pastikan anda selalu membersihkan ketuhar itu ya!
#9 Berkongsi makanan dengan orang lain
Untuk pengetahuan anda, berkongsi makanan dengan orang lain adalah baik untuk kesihatan. Jika anda makan pencuci mulut, jangan lupa ajak rakan sekali kerana pakar mendakwa itulah cara pertukaran bakteria baik. Tetapi, pastikan rakan anda itu sihat walafiat dahulu. Kalau tidak, anda akan berjangkit pula.
Era Baru