Dadah dalam kopi berperisa durian: Dua orang pengguna disahkan positif dadah jenis syabu

Dadah dalam kopi berperisa durian: Dua orang pengguna disahkan positif dadah jenis syabu

GEORGE TOWN: Sampel air kencing dan darah dua orang lagi mangsa yang mengalami keletihan yang melampau dan pening selepas meminum sejenis kopi pra-campuran didapati positif syabu (methamphetamine).
Ketua Polis Pulau Pinang, A Thaiveegan berkata pada hari Khamis (15 Feb) bahawa keputusan itu telah diperoleh  sejak minggu lalu lagi tetapi polis masih menunggu hasil keputusan sampel kopi dari jabatan kimia.
Beliau berkata setakat ini, sampel ujian darah dan sampel air kencing empat individu termasuk kedua-dua lelaki yang minum kopi putih segera campuran durian yang diuji positif dengan dadah jenis methamphetamine.
“Polis walau bagaimanapun masih menyiasat sama ada kopi itu telah dicampur dengan ubat-ubatan oleh sindiket tertentu tetapi sehingga kini tidak ada kesimpulan tentang penglibatan sindiket berkenaan kerana kami masih belum melakukan apa-apa tangkapan.

“Polis juga menjejaki seorang wanita yang dipercayai telah mengedarkan kopi jenis itu di medan selera dan kami yakin penangkapannya akan memberi kami beberapa petunjuk,” katanya kepada pemberita.
Pada 4 Februari lepas, dua orang lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas minum sejenis kopi yang menyebabkan mereka pening dan mual.
Terdahulu lima orang, termasuk dua wanita dirawat di hospital yang sama setelah mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas mendakwa meminum kopi berperisa durian yang diperoleh secara percuma daripada orang tidak dikenali.
Ketujuh-tujuh orang mangsa yang berusia antara 19 dan 62 ditahan untuk pemerhatian dan pemeriksaan dan berdasarkan keputusan sampel darah dan air kencing dua daripada tujuh individu telah didapati positif dengan dadah jenis syabu.
Sumber : Era Baru
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==