Seorang lelaki telah bertindak meninggalkan rumah dan tinggal di atas pokok kelapa selama tiga tahun di satu kampung di La Paz, wilayah Agusan del Sur di Filipina.
Kali terakhir lelaki ini yang bernama Gilbert Sanchez berusia 47 tahun menjejakkan kaki ke tanah ialah pada tahun 2014 sebelum melarikan diri dan memanjat pokok kelapa setinggi 18 meter dan tinggal di situ.
Era Baru
Semenjak itu, Gilbert telah menjadikan pokok kelapa tersebut sebagai rumahnya dan tidak lagi menjejakkan kakinya ke tanah. Gilbert bertindak melakukan perbuatan tersebut selepas kepalanya telah dipukul oleh musuhnya dengan menggunakan senjata dalam satu pertelingkahan.
Menurut ibunya, Winifreda Sanchez , beliau mengingati ketika itu Gilbert menjadi ketakutan dan bimbang seseorang akan datang ke rumah dan membunuhnya.
Berikutan kebimbangan dengan nyawanya yang terancam, Gilbert telah membuat keputusan untuk tinggal di tempat tertinggi yang dijumpainya iaitu di atas pokok kelapa.
Gilbert sanggup memanjat pokok kelapa yang tinggi dan telah tinggal di situ dengan enggan turun selama tempoh tiga tahun.
Kehidupan Gilbert dapat bertahan dalam keadaan sebegitu dengan bergantung kepada makanan dan minuman yang dibawa oleh ibunya setiap hari yang diangkat ke atas pokok kelapa tersebut menggunakan tali.
Winifreda Sanchez berkata, beliau telah cuba memujuk anak lelakinya itu supaya turun dari pokok kelapa tersebut, sekurang-kurangnya untuk mandi namun telah ditolak bulat-bulat olehnya.
Apa yang mampu dilakukan oleh Winifreda ialah menghantarkan makanan dan minuman kepada anaknya bersama pakaian dan rokok setiap hari.
Akan tetapi, pada 11 Oktober 2017 yang lalu, satu pasukan penyelamat yang terdiri daripada 50 orang bersama keluarga Gilbert telah memujuk lelaki yang degil ini untuk turun sekali lagi sebelum bertindak untuk menebang pokok kelapa tersebut menggunakan gergaji.
Operasi penebangan pokok kelapa itu terpaksa dilakukan bagi membawa Gilbert turun dengan selamat atau sekiranya dia masih enggan akan menyebabkan dirinya terbunuh.
Seperti yang dirancang, semestinya Gilbert mahu terus hidup dan takut untuk mati. Punca utama dia bertindak memanjat pokok kelapa itu kerana mahu terus hidup.
Apabila nyawanya diancam sekali lagi dengan tindakan kumpulan ini yang mahu menebang pokok kelapa tersebut, Gilbert telah bersetuju untuk turun. Akhirnya semua rancangan berjalan lancar dan Gilbert telah turun dari pokok kelapa tersebut dan menjejakkan kakinya ke tanah selepas tiga tahun tinggal di situ.
Lihat video dibawah.
Era Baru