Brittany dan Briana, berusia 31 tahun menyangka bahawa mereka sedang membuat penggambaran perniagaan dengan teman lelaki mereka pada 2 Februari apabila mereka menuju ke Taman Negara Twin Lakes di Virginia, tempat pertemuan pertama mereka dengan pasangan kembar, Josh dan Jeremy Salyers.
Kedua-dua adik-beradik itu memakai pakaian yang sama, berwarna putih dan biru. Manakala teman lelaki mereka turut memakai pakaian yang sepadan.
Brittany dan Briana tidak tahu bahawa kru filem tersebut sebenarnya daripada Inside Edition, yang berada di sana untuk merakamkan setiap detik bahagia itu.
Selepas bergambar bersama di beberapa tempat yang indah di taman negara, kembar itu dibawa ke sebuah pavilion yang memaparkan perapian yang dihiasi dengan kelopak bunga mawar dan lilin.
Pada akhir penggambaran, Josh dan Jeremy kedua-duanya melutut sambil menunjukkan cincin pertunangan yang sepadan. Brittany dan Brianna terkejut dan gembira lalu menjerit, ‘Ya!’ pada masa yang sama.
Brittanylah individu yang mula-mula perasan akan ketampanan pasangan lelaki tersebut ketika di Festival Hari Kembar tahun lalu. Keesokan harinya, mereka mula berbual. “Kami berbual tentang perhubungan dan kehidupan. Lantas mendapati bahawa kami berdua mempunyai persamaan yang sama dengan pasangan kembar perempuan tersebut,” kata Josh pada The News Journal.
Josh dan Jeremy bekerja di kilang pembuatan yang sama di Hagerstown, Maryland, dan mereka mengakui bahawa mereka selalu berharap akan berkahwin dengan pasangan kembar juga.
“Sejak kami kecil kami tahu akan ada pasangan kembar lelaki yang menjadi suami kami kelak,” kata Briana.
Briana dan Brittany bekerja di firma guaman di Virgina. Sungguh pun mereka belajar di lokasi yang berbeza – Brittany menamatkan pengajian di Wyoming, Briana pula di texas. Namun, mereka sepertinya tidak mahu berpisah.
Josh dan Jeremy juga menetap di lokasi yang berbeza pada mulanya untuk sementara waktu, dan seperti pasangan kembar Briani dan Brittany, mereka juga tidak suka berjauhan terlalu lama.
Jeremy dan Briani.
Josh dan Brittany.
Pasangan kembar berkenaan akan melangsungkan majlis perkahwinan di Twinsburg semasa Festival Hari Kembar kerana mahu pasangan kembar lain menghadiri dan memeriahkan majlis perkahwinan mereka.
Tonton video mereka di bawah:
Sumber: dailymail.co.uk
Era Baru