Mencegah kehadiran tikus di dalam rumah dengan hanya menggunakan 3 jenis tumbuhan ini

Mencegah kehadiran tikus di dalam rumah dengan hanya menggunakan 3 jenis tumbuhan ini

Kehadiran tikus di dalam rumah cukup merimaskan. Biarpun berkali-kali perangkap dipasang ataupun racun digunakan, namun tikus-tikus ini akan datang semula ke rumah.
Bukan barangan sahaja yang dirosakkannya tetapi bau air kencing dan bangkainya turut mencemarkan udara di dalam rumah. Namun begitu, masih ada lagi kaedah lain untuk mencegah kehadiran tikus di dalam rumah iaitu melalui 3 jenis tumbuhan ini.
Gambar sekadar hiasan
#1 Daun durian belanda
Daun durian belanda bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan diri seperti menurunkan tekanan darah tinggi, malah turut berguna untuk menghalau tikus.
Gambar sekadar hiasan
Caranya ialah, meramas atau menyiat daun tersebut dalam jumlah helaian yang banyak dan letakkannya di kawasan yang kerap menjadi laluan tikus.
Gunakan daun yang matang sahaja kerana ia lebih tahan lama dan mengeluarkan bau yang kuat. Tikus sangat tidak menggemari bau yang terhasil daripada daun durian belanda itu dan ia akan mengelak daripada masuk ke dalam rumah anda.
Selain daripada mencegah kehadiran tikus, daun durian belanda juga dapat menghindarkan serangga lain seperti kutu beras daripada masuk ke dalam rumah anda.
#2 Buah mengkudu
Bagi wanita yang gemar merawat jerawat dengan cara tradisional, buah mengkudu adalah pilihannya. Namun ternyata buah mengkudu tersebut bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan malah dapat mencegah kehadiran tikus perosak.
Gambar sekadar hiasan
Caranya mudah sahaja. Ambil buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu masak. Kemudian, potong sebiji buah mengkudu tersebut kepada empat hingga enam bahagian dan letakkan di penjuru atau kawasan yang menjadi laluan tikus.
#3 Daun pudina
Daun pudina adalah antara bahan yang menjadi pilihan ramai orang untuk menyediakan air detox sebagai langkah membuang toksin daripada badan. Bau segar yang terhasil daripada daun tersebut digemari oleh manusia tetapi rupa-rupanya dibenci oleh tikus.
Gambar sekadar hiasan
Cara untuk menghalau tikus daripada masuk ke dalam rumah dengan menggunakan daun pudina ialah tumbuk atau kisah daun itu sehingga halus dan campurkannya dengan air.
Kemudian, tapis daun yang sudah hancur tadi dan ambilkan air tapisannya sahaja. Masukkan air tapisan tersebut ke dalam botol penyembur dan sembur di sekeliling rumah atau mana-mana kawasan yang menjadi laluan tikus.
Kaedah ini sedikit rumit namun hasilnya cukup memuaskan hati. Anda perlu menyembur kawasan-kawasan tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan kepada kenalan anda yang lain!



Sumber  : erabaru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==