Sebuah video berdurasi hampir lima minit kini menjadi bahan perbincangan di dunia maya, khususnya media sosial Facebook.
Dalam video terlihat beberapa orang lelaki yang memakai jubah pakaian khas Arab berwarna putih sedang memegang sebuah peti yang ternyata setelah dibuka berisi rambut.
Sebelum video ini tersebar, tahun 2015 lalu Kementerian Agama Rusia sebenarnya juga pernah mempamerkan koleksi rambut Nabi Muhammad SAW yang kini ada di Muzium Crocus, Moskwa.
Namun bezanya, muzium tersebut hanya memiliki beberapa helaian rambut Nabi Muhammad yang disimpan di dalam tabung kedap udara pada bahagian kiri atas. Dan di bawah ini adalah proses pembersihan rambut Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul terakhir. Baginda lahir di Mekah pada 570 M, dan meninggal di Madinah pada 8 Juni 632 M.
Nabi Muhammad merupakan satu-satunya manusia yang sudah dijamin akan masuk syurga oleh Allah SWT. Namun tetap saja, baginda tidak lantas meninggalkan kewajibannya untuk taat kepada Allah.
Tugas yang diamanahkan ia jalankan dengan sepenuh hati, dengan ikhlas, dan tentu saja itu tidak mudah. Tugas tersebut ialah untuk menunjukkan kepada seluruh ummat jalan yang lurus, membawa kebenaran, pembawa khabar gembira sekaligus pemberi peringatan.
Tugas ini kerap kali menyebabkan Baginda Muhammad dicaci maki, dihina, dilempar kotoran, dan tindakan-tindakan lain yang sudah pasti akan membuat manusia seperti kita akan menjadi sakit hati dan marah.
Namun tidak dengan Nabi Muhammad. Baginda tidak pernah diceritakan menjadi marah dengan perlakuan buruk orang-orang terhadapnya. Bahkan yang dia lakukan adalah ikhlas, dan membalas mereka dengan lemah lembut.
Sikap Nabi Muhammad yang luar biasa tersebut menjadikan dirinya suci. Kerana kesuciannya, rambut baginda pun masih dijaga sampai sekarang. Hal ini dilakukan untuk menghormati sekaligus untuk mengenang Baginda Rasulullah S.A.W.
Tonton Video Proses Pembersihan Rambut Rasulullah Dibawah :
Sumber – Bicara Islam