Mana-mana individu yang berada dalam perhubungan serius pasti akan terdetik dalam sudut hati mereka sama ada si dia adalah wanita yang tepat untuk dirinya. Antara persoalan lain yang akan bermain di fikiran adalah:
- Adakah ini wanita yang saya mahu habiskan sisa hidup bersama?
- Adakah wanita ini akan sentiasa berada di sisi tatkala susah mahupun senang?
- Adakah dia wanita teragung?
Pakar di seluruh dunia sedang cuba mencari jawapan yang tepat bagi isu rumit melibatkan cinta dan perhubungan. Mereka juga telah menghabiskan banyak masa untuk merungkaikan bagaimana dua individu berlainan boleh sesuai bersama dan kualiti apakah yang diperlukan bagi memastikan sesuatu perhubungan itu berkekalan.
Jadi, menerusi hasil penyelidikan tersebut, terdapat 14 kualiti dan tingkah laku wanita yang sempurna untuk anda. Jika teman wanita anda mempunyai ciri-ciri ini, jangan sesekali lepaskannya!
#1 Dia lebih bijak daripada anda
Jika anda ingin mencari teman hidup yang tepat, carilah wanita yang lebih bijak daripada anda. Menurut Profesor Emeritus Lawrence Whalley, wanita yang bijak boleh melindungi anda daripada mengalami dementia (nyanyuk).
Hal ini kerana memiliki teman hidup yang berfikiran bijak akan sentiasa mencabar anda dari segi intelek dan secara tidak langsung memastikan sel-sel otak anda terus berfungsi dengan baik.
#2 Dia seorang yang jujur
Setiap manusia melakukan kesilapan dan keputusan yang salah pada satu-satu masa. Jadi, untuk memiliki seseorang yang sentiasa mengingatkan anda untuk kembali ke pangkal jalan dan memberitahu setiap perkara yang salah adalah penting.
Kajian mendapati lelaki mahukan wanita yang jujur sebagai pasangan hidupnya bagi menjamin hubungan yang berkekalan dan komited. Jika anda sudah bertemu dengan wanita yang bersikap jujur, jagalah dia dengan baik.
#3 Mempunyai penampilan luaran yang positif
Sekiranya teman wanita anda mempunyai pendirian yang optimis, anda mungkin sudah menemui wanita idaman anda. Jangan cari wanita yang sentiasa berfikiran negatif kerana mereka akan memudaratkan anda.
Jika kita sering bergaul dengan orang yang negatif, sifat negatif itu akan melekat pada diri kita. Perkara ini terbukti melalui kajian oleh ahli psikologi, Elaine Hatfield. Sikap negatif ini boleh meningkatkan kadar degupan jantung, menyukarkan pencernaan dan mengurangkan konsentrasi.
#4 Boleh berkompromi
Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Dalam perhubungan pasti akan ada perselisihan faham. Namun harus anda ingat, pergaduhan dalam sesuatu perhubungan adalah sesuatu yang normal namun setiap individu sama ada lelaki mahupun wanita perlu saling berkompromi bagi mencapai kesepakatan.
Pakar psikologi dari UCLA telah menjalankan penyelidikan ke atas 172 pasangan yang berkahwin selama 11 tahun dan mendapati , “Lebih mudah untuk kekal komited dalam perhubungan jika ianya berjalan lancar”.
Sebaiknya, jika berlaku perubahan dalam sesuatu hubungan, kedua-duanya perlu sedar untuk membuat pengorbanan dan mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan hubungan ini terus maju dan bahagia.
#5 Dia terhibur dengan jenaka anda
Kita pasti sentiasa mahukan seseorang yang akan terhibur dengan lawak jenaka walaupun ianya tidak berapa melucukan. Dalam satu kajian pada tahun 2006 oleh sekumpulan ahli psikologi di Universiti Westfield, mempunyai pasangan yang rasa pasangan mereka melucukan adalah penting.
Jadi, jika anda sudah menemui wanita yang boleh bergelak ketawa bersama, jangan tinggalkannya.
#6 Seseorang yang terbuka hati dan minda
Mendapat pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan umum dan mudah membuatkan suara dan pandangannya didengari adalah satu anugerah besar untuk lelaki.
Kajian dari Universiti Westminster berpendapat individu yang terbuka hati dan boleh berkongsi maklumat peribadi adalah individu yang menarik. Kualiti ini amat penting kerana manusia biasanya akan menilai penampilan fizikal seseorang yang memiliki hati terbuka sebagai kacak atau jelita.
#7 Si dia sentiasa menyokong matlamat anda sambil berusaha untuk mencapai matlamat hidupnya
Wanita yang berjaya, berpendidikan tinggi dan mempunyai pendapatan yang besar tidak akan kerap berkahwin berbanding individu lain. Wanita yang kuat akan sentiasa memberi motivasi dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada lelaki.
Manakala individu yang lemah akan melupakan misi untuk mencapai matlamat dirinya mahupun pasangannya.
#8 Si dia mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya
Jika anda mahu tahu bagaimana pasangan anda 30 tahun akan datang, lihat layanannya terhadap kedua-dua ibu bapanya.
Hasil penyelidikan dari Universiti Alberta mendapati terdapat perkaitan yang jelas antara perhubungan ibu bapa dengan pasangan hidupnya. Jika positif, maka positif jugalah perhubungan anda kelak. Jika negatif seperti mana layanan teman wanita anda terhadap orang tuanya, maka anda juga akan mendapat layanan yang sama.
#9 Baik hati
Sains membuktikan kunci kepada hubungan yang kekal dan bahagia adalah kebaikan hati dan sifat pemurah. Pakar psikologi dari Universiti Washington, John Gottmann telah memulakan penyelidikan melibatkan pasangan berkahwin sejak empat dekad yang lalu.
John mengkategorikan dua jenis pasangan aitu Master dan Disaster. Pasangan Disaster akan berpisah selepas enam tahun pertama perhubungan namun berbeza dengan pasangan Master, mereka akan sentiasa bersama dan mempunyai persamaan.
Pasangan Master akan sentiasa menghargai pasangan dan berterima kasih untuk segala perkara. Mereka membina budaya hormat-menghormati dan sentiasa menghargai.
#10 Sentiasa bertenang dalam pergaduhan dan mampu menenangkan anda juga
Pergaduhan dan pertelingkahan adalah perkara biasa dalam perhubungan. Tidak mampu mencapai persetujuan dalam sesuatu perkara tidak bermakna hubungan tersebut tidak stabil. Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda menguruskan ketidaksefahaman tersebut dan berbaik semula.
Dalam satu kajian oleh Universiti California Berkeley dan Universiti Northwest yang melibatkan 80 pasangan yang telah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun, didapati hubungan akan berpanjangan jika pihak wanita mampu menenangkan dirinya semasa pergaduhan dan menyalurkan emosi tersebut kepada pihak lelaki. Namun, hasil keputusan tidak sama jika lelaki yang perlu bertenang terlebih dahulu.
#11 Dia tidak malu melakukan perkara-perkara bersama anda
Jika anda sudah menemui wanita yang tidak menahan diri dari melakukan apa yang disukainya, simpanlah wanita itu di dalam hati anda.
Dalam satu kajian yang melibatkan 4,864 pasangan berkahwin menunjukkan pasangan yang bahagia adalah mereka yang gemar melakukan aktiviti bersama.
#12 Teman wanita mempunyai kehidupan sendiri
Mempunyai ruang peribadi adalah penting untuk hubungan anda. Jika teman wanita mempunyai rakan-rakan, minat yang tersendiri dan tidak hanya ‘berkepit’ dengan pasangan atau terlalu bergantung dalam sesuatu hubungan, mereka akan lebih bahagia dan kurang membosankan.
#13 Si dia boleh menerima kekurangan anda
Setiap manusia mempunyai kelemahan dan tidak sempurna. Makan berbunyi, ketawa terlalu kuat atau mungkin tidur berdengkur.
Namun, jika pasangan anda mampu menerima anda seadanya, anda sememangnya seorang lelaki yang bertuah.
#14 Bukan pendendam
Wanita pemaaf pasti akan hidup dengan lebih lama menurut kajian pakar. Hal ini kerana kemaafan merupakan asas kepada hubungan yang sihat.
Melakukan kesalahan seperti meninggikan suara tanpa sengaja adalah perkara yang sering berlaku namun anda perlu mempunyai pasangan yang sudi memaafkan kesalahan anda.
Jadi, jika anda sudah mempunyai teman dengan 14 kualiti ini, jangan lepaskannya. Hidup anda pasti akan lebih bahagia bersamanya.
Sumber: Adorable Words
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Era Baru.com.my