Jangan sampai nasi menjadi bubur, ketahui sebab bayi bawah enam bulan tidak boleh diberi makanan pepejal

Jangan sampai nasi menjadi bubur, ketahui sebab bayi bawah enam bulan tidak boleh diberi makanan pepejal

Di pasaran semasa, terdapat pelbagai makanan dicipta untuk bayi yang kononnya mampu memberi zat tambahan kepada kanak-kanak. Budaya di negara kita juga, ramai yang memandang ringan terhadap pemakanan bayi di bawah usia enam bulan hingga memberi kesan kesihatan ketika sedang membesar.
Dalam satu kajian mengenai pemakanan untuk kanak-kanak di Malaysia, amalan pemberian makanan kepada bayi adalah masih kurang memuaskan. Kajian daripada Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan, walaupun amalan penyusuan susu ibu adalah tinggi, kadar penyusuan secara eksklusif di kalangan bayi berumur bawah enam bulan hanyalah 14.5 peratus.




Bayi-bayi di Malaysia juga sudah pun memakan makanan tambahan yang berbentuk pepejal sejak di bawah usia enam bulan lagi. Tanpa disedari, pemakanan seperti ini boleh mendatangkan kecederaan kepada organ dalaman mereka.
Seorang jururawat, Bel Nawhen, memberi sebab makanan berbentuk pepejal boleh memberi kesan kepada bayi yang berusia bawah daripada enam bulan.
Terdapat enam kesan yang akan berlaku kepada bayi bawah enam bulan jika diberi makanan pepejal iaitu:


1. Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan.
2. Makanan yang paling seimbang dan lengkap untuk bayi ialah susu badan.
3. Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
4. Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan seperti usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
5. Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.
6. Baby belum mempunyai tindak balas untuk mengunyah yang baik. Bayi hanya tindak balas untuk menghisap dan oleh itu, risiko untuk bayi tercekik adalah tinggi.
Daripada perkongsian ini, ibu dan bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan makanan kepada bayi mereka. Para ibu perlu memberikan susu badan yang ternyata sempurna untuk kesihatan bayi.
Jika anda ingin memberikan makanan berbentuk pepejal, beberapa aspek perlu dilihat terlebih dahulu.
Pertama, bayi anda mempunyai keinginan untuk makan seperti sudah membuka mulut dan meminta makanan.
Kedua, mempunyai kemahiran untuk mengawal mulut ketika makan.
Aspek yang terakhir ialah, bayi anda mempunyai berat dua kali ganda daripada berat ketika bayi baru lahir.
Sumber: Bel Nawhen , KidsHealth
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
www.Era Baru.com.my


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==