Ibu Tunggal Ini Menangis Di Hadapan Hospital Kerana Ketiadaan Duit Untuk Pembedahan Anaknya!


Ibu mana tak sayang anak? Ibu bapa kita sanggup korbankan semua benda dan apa-apa saja demi anak-anak.

Bayangkanlah betapa pedihnya perasaan seorang ibu tu bila tak dapat nak selamatkan anak sendiri, hanya sebab tak cukup duit.
Itulah yang jadi kat seorang ibu dan anak di Shanghai, China ni. Menurut Nextshark, kes ni tular kat laman sosial bila gambar seorang ibu duk menangis dengan penuh perasaan kerana tak mampu nak bayar bil hospital anaknya.

Memang sebak bila tengok gambar-gambar ni dan boleh mengalir air mata!
Yinzhen, seorang ibu tunggal umur 45 tahun dan anak lelakinya, Zhenghan yang baru umur tiga tahun, dilihat kat luar Hospital Kanak-kanak Shanghai.
Zhenghan ada congenital hydrocephalus, sejenis penyakit cecair berlebihan dalam otak dan kena masuk hospital sebab infection.
Yinzhen yang dulu kerja kilang telah hilang kerja lepas lahirkan Zhenghan dan sekarang bergantung hidup dengan keluarga Yinzhen.
Tapi kos rawatan anaknya ni makin lama makin banyak sampai keluarga Yinzhen dah terbeban dengan hutang hampir RM200,000 untuk pembedahan dan rawatan.
Diorang masih perlukan lebih kurang RM60,000 untuk kos rawatan lanjut anak dia, tapi ahli keluarga dah kehabisan duit nak bayar.
Bila dah tak ada duit untuk bayar bil hospital, diorang dah tak ada pilihan lain selain terpaksa keluar daripada hospital tu. Sedihnya!
Disebabkan tak dapat nak selamatkan nyawa anaknya, Yinzhen menangis teresak-esak depan hospital diselubungi rasa bersalah.
Tapi nasib baik lah lepas gambar Yinzhen tular, ramai berikan sokongan kat dia dan ada satu persatuan Xiaoxingxin Foundation ni sudi tolong.
Diorang tolong anak beranak ni bayar pembiayaan rawatan Zhenghan supaya dapat jalani satu lagi pembedahan. Keadaan Zhenghan kini dah semakin elok dan mak dia pun happy je tengok anak dia dah semakin sihat.
Kejadian yang jadi kat depan Hospital Kanak-kanak Shanghai tu membuatkan ramai orang terfikir pasal realiti sebenar penjagaan kesihatan di China.
“Sedihnya. Bayanglah tak boleh nak selamatkan orang yang kita sayang, bukan anak je, tapi ibu bapa, suami isteri ke, hanya semata-mata sebab duit. Semua orang layak hidup, tak kisahlah orang tu miskin ke kaya,” kata seorang netizen.
Betul juga! Mujurlah masih ada orang berhati mulia. Semoga adik ni cepat-cepat sembuh sepenuhnya.
Sumber – katakpisang.com

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==