3 Cara paling mudah dan selamat untuk menghalau serangga yang boleh dipraktikkan di rumah

3 Cara paling mudah dan selamat untuk menghalau serangga yang boleh dipraktikkan di rumah

Buat ibu bapa pastinya pening kepala untuk menghalau serangga di rumah. Antara cara mudah untuk menghalau dan menghapuskan serangga pastinya menggunakan racun. Namun begitu, penggunaan racun begitu bahaya terutama di rumah yang mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan.
Berikut adalah cara-cara mudah lagi selamat yang boleh dilakukan untuk menghalau serangga di rumah. Bagi anda yang risau akan anak-anak kecil, jangan risau lagi kini anda boleh gunakan ‘ramuan’ penghalau serangga yang selamat.
Cara untuk mengusir lipas:


  • Potong bawang merah kecil-kecil.
  • Campurkan bawang yang telah dipotong dengan baking soda (natrium bikarbonat)
  • Letakkan campuran tersebut di tempat banyak lipas.
  • Ulangi jika perlu.
Cara untuk mengusir semut:
Caranya mudah, letakkan tepung jagung di tempat-tempat tumpuan semut. Dalam masa beberapa minggu anda sudah boleh melihat keputusannya.
Cara untuk mengusir nyamuk:


  • Titiskan minyak di atas span bersih.
  • Letakkan span dalam balang dan tutup selama 24 jam.
  • Buka balang, dan biarkan bau tersebar di seluruh bilik.
Mudah bukan? Apa tunggu lagi? Berhenti gunakan racun serangga kerana anda boleh menggunakan cara yang lebih selamat untuk mengusir serangga di rumah!
Sumber: BRIGHT SIDE
Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

www.Era Baru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==