Gara-Gara Makan Daging Mentah Tercemar, Otak Lelaki Ini Dipenuhi Lebih 30 Ekor Cacing Pita!


Seorang lelaki China, Wu, 46 dikejarkan ke hospital oleh anggota keluarganya selepas mengalami sakit kepala yang teruk dan mual selama enam bulan.
Doktor yang merawatnya terkejut selepas mendapati lebih daripada 30 ekor cacing pita yang menetas di dalam otaknya sepanjang satu sentimeter lebar (0.39 inci). Pakar percaya bahawa cacing pita tersebut berpunca daripada daging babi yang dimakan oleh Wu sebenarnya telah tercemar.
Wu yang mengalami sawan dan muntah selama enam bulan, terkejut setelah mengetahui bahawa terdapat lebih daripada 30 ekor cacing pita yang menetas di dalam otaknya.
Imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) menunjukkan bahawa terdapat berpuluh-puluh kantung di dalam otaknya. Lelaki berusia 46 tahun, dari Guizhou, barat daya China itu didiagnosis dengan neurocysticercosis, menunjukkan tanda-tanda sakit kepala, muntah-muntah dan sawan. Dia kemudian memberitahu doktor bahawa dia pernah makan daging mentah.
Wu terpaksa menjalani pemeriksaan sehingga doktor boleh mengeluarkan semua telur dan larva cacing pita.
“Ada beberapa larva yang dilihat bergerak di dalam telur,” kata Dr Yang Ming dari Hospital Universiti Gabungan Guizhou kepada Guizhou Metropolitan pada 1 Mac lalu.
Dr Yang Ming terpaksa melakukan pembedahan otak untuk mengeluarkan telur dan larva. Wu masih perlu menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi hospital tersebut.
Dr Yang berkata, telur-telur itu bertaburan di dalam otak dan dia perlu berhati-hati semasa mengeluarkannya supaya telur-telur tersebut tidak pecah semasa pembedahan dilakukan.
Wu walau bagaimanapun dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas menjalani pembedahan untuk menerima rawatan susulan. Doktor perlu memastikan supaya tiada cacing yang mati tertinggal di dalam otak, jika tidak kerosakan serius pada tisu otak boleh berlaku apabila telur menetas menjadi cacing.

Sumber – katakpisang.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==