14 kegunaan garam selain perasa masakan, #7 penting saat kecemasan

14 kegunaan garam selain perasa masakan, #7 penting saat kecemasan

Semua orang sudah tahu betapa ‘magisnya’ garam dalam masakan. Tanpanya, mungkin ada di antara kita yang tidak boleh makan makanan berkenaan. Justeru, hal ini membuatkan garam adalah bahan wajib dalam masakan di serata dunia. Namun, selain menjadi bahan masakan, ia sebenarnya mempunyai banyak lagi fungsi lain yang anda tidak tahu. Yang menariknya, ianya murah dan mudah didapati di kebanyakan kedai.
1. Menjadikan kuali tidak melekat



Keluli tahan karat merupakan bahan yang bagus untuk kuali. Namun, ada sesetengah makanan yang mudah melekat pada kuali. Usah risau kerana anda boleh menghasilkan sendiri kuali tidak melekat.
Mula-mula, panaskan kuali. Kemudian, masukkan satu sudu minyak kelapa, pusingkan kuali supaya ia menutupi permukaan kuali dan buang lebihannya. Taburkan sedikit garam di dalamnya dan gosok menggunakan tisu atau kain dengan arah bulatan. Akhir sekali, sapu kesemua garam tersebut. Kini, kuali anda telah siap!
2. Periksa kesegaran telur


Anda mempunyai satu karton telur yang hampir tamat tempoh? Anda hanya perlu masukkan dua sudu garam untuk setiap satu cawan air dan biarkan ia melarut. Masukkan telur. Telur yang masih segar akan tenggelam manakala telur yang sudah rosak akan terapung.
3. Membasmi bau kasut
Livestrong
Mahu membasmi bau busuk pada kasut anda? Taburkan sahaja sedikit garam di dalamnya dan biarkan semalaman. Pada keesokan harinya, buang garam tersebut kerana ia telah menyerap semua bau busuk tersebut.
4. Memanjangkan jangka hayat keju
Bagi memanjangkan kesegaran keju bertahan lama, balut keju dengan kain atau tisu dan rendamkan di dalam air garam.
5. Buang bau bawang pada tangan
Menghiris bawang boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan pada tangan. Nasib baik ada cara untuk menghilangkannya. Basuh sahaja tangan anda dengan air dan gosokkan dengan sedikit garam. Macam basuh tangan dengan sabun. Mudah, bukan?
6. Menutup lubang paku pada dinding
Anda tidak perlu lagi membeli pengisi lubang paku khas di kedai perkakasan dan pertukangan, kerana anda sendiri boleh membuatnya! Campurkan sebahagian garam, kanji jagung dan air. Kemudian, sapu pada lubang di dinding. Biarkan kering dan anda boleh cat semula!
7. Menghentikan kebakaran pada kuali
Pasti anda panik jika kuali yang sedang digunakan ketika memasak, terbakar. Jadi, sentiasa letak garam di tempat yang mudah dicapai kerana anda hanya perlu taburkan sahaja pada api berkenaan. Ia boleh memadamkan api dalam masa yang singkat.
8. Melegakan gigitan nyamuk
Menurut Mosquito Magnet, ‘Garam bersifat antiseptik dan anti-radang yang boleh memberikan kelegaan pada gigitan nyamuk. Campurkan garam dengan sedikit air untuk membuat pes yang boleh digunakan di kawasan yang terkena gigitan’.
9. Memberus gigi
Jika anda suka membuat ubat gigi sendiri, serbuk penaik dan secubit garam merupakan antara bahan berguna.
Campurkan satu sudu teh garam dengan serbuk penaik, sapukan pes berkenaan pada berus gigi dan anda boleh terus memberus gigi. Pes ini berupaya menghilangkan tartar dan kotoran.
10. Mengilatkan tembaga
Tembaga boleh menjadi kusam dan pudar dalam tempoh tertentu, tetapi usah bimbang kerana mengilatkannya semula adalah mudah.
Potong buah lemon, ambil separuh dan celupkan ke dalam garam. Kemudian, gosokkan pada tembaga sehingga ia berkilau. Seterusnya anda perlu basuh dan lapkan sahaja dengan kain.
11. Exfoliate (pengelupasan) kulit mati
Garam dan minyak zaitun merupakan bahan yang bagus untuk menanggalkan sel kulit mati pada wajah anda. Campurkan kedua-dua bahan tersebut pada wajah, siku, tumit dan kawasan yang anda rasa perlu.
12. ‘Menyegarkan’ semula bunga hiasan
Jika anda mempunyai bunga tiruan bermaterialkan sutera, anda boleh menyerikan semula bunga tersebut dengan memasukkan garam ke dalam beg kertas, diikuti dengan bunga berkenaan. Goncangkan beg tersebut untuk beberapa minit.
13. Menghalang lilin daripada menitis
Jika anda mahu lilin yang anda bakar itu lambat mencair dan airnya tidak menitis, rendamkan ia ke dalam larutan air garam pekat selama beberapa jam. Kemudian biarkan lilin tersebut mengering sebelum menyalakannya.
14. Menghalang pertumbuhan kulat pada tirai bilik air
Untuk menghalang pertumbuhan kulat pada langsir di bilik mandi, rendamkan sahaja langsir tersebut (telah dicuci mesin) ke dalam larutan air garam.
Era Baru

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==